BEIJING: Parlimen China meluluskan tafsiran Undang-Undang Asas Hongkong, yang menyatakan Anggota Parlimen Hongkong mesti mengikrarkan kesetiaan kepada bandar itu sebagai sebahagian China, iaitu campur tangan langsung dalam sistem perundangan dan politik di Hongkong sejak penyerahan pada 1997.
Langkah itu, yang dibuat selepas dua Anggota Parlimen prokemerdekaan di Hongkong mengikrarkan kesetiaan kepada "negara Hongkong" apabila mereka mengangkat sumpah bulan lalu, dijangka menggariskan peraturan mengangkat sumpah dan menegaskan bahawa sekiranya Anggota Parlimen ingkar ia bermakna hilang kelayakan, menurut akhbar South China Morning Post semalam.