SIDANG PUNCAK G20
China dan Amerika setuju tangguh tarif baru
Persetujuan dicapai ekoran pertemuan Trump dan Xi di Argentina
Dec 03, 2018 | 05:30 AM
BUENOS AIRES: China dan Amerika Syarikat bersetuju menangguhkan tarif baru setelah kededua negara itu berbincang mengenai perdagangan dengan matlamat mencapai persetujuan dalam tempoh 90 hari.
Demikian menurut Rumah Putih semalam selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping, mengadakan perbincangan di Argentina.