Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China dapat lagi projek raksasa di Malaysia - Laluan Rel Pantai Timur bernilai $18.3b

Nov 01, 2016 | 10:51 AM



BEIJING: Malaysia akan menganugerahkan sebuah kontrak projek rel bernilai RM55 bilion ($18.3 bilion) kepada China Communication Construction Company (CCCC), hanya dua minggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rancangan membina laluan Kuala Lumpur-Kelantan itu.



Projek mega 620km itu projek utama ketiga di Malaysia yang melibatkan China.



Datuk Seri Najib tiba di Beijing pada Isnin (31 Okt) bagi satu lawatan seminggu yang menurut beliau akan membawa hubungan dua hala ke "tahap baru". Beliau juga mengumumkan akan menandatangani perjanjian pertahanan penting pertama" antara Malaysia dan China, lapor media Malaysia.



Landasan keretapi baru itu, yang dikenali sebagai Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), bergerak dari Kuala Lumpur melalui Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum berakhir di Tumpat, di utara Kota Baru.



Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Mohd Irwan Serigar Abdullah, memberitahu pemberita pada Isnin di Beijing kontrak kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan (EPC) dan satu rangka kerja pembiayaan antara perjanjian yang akan ditandatangani semasa lawatan Datuk Seri Najib.



Kontrak EPC akan diberi kepada CCCC, dengan pembiayaan daripada Export-Import Bank of China, lapor akhbar New Straits Times (NST) pada Isnin.



Datuk Seri Mohd Irwan berkata keputusan mendapatkan pembiayaan daripada China dibuat kerana syarat menggalakkan yang ia tawarkan.



"Jika anda meminjam di pasaran antarabangsa, anda tidak akan mendapat kadar faedah rendah yang kita akan dapat.



"Kami belum mmuktamadkan (butir-butir) tetapi kita akan mendapat (kadar faedah) sangat kompetitif dan tempoh pembayaran balik, kami jangka 20 tahun," katanya, lapor NST.



Pentadbiran Najib sejak akhir tahun lepas telah berpaling pada China untuk memenuhi keperluan kewangannya.



Kerajaan Malaysia menjual Edra Global Energy, syarikat milik dana pelaburan negara yang dilanda skandal, 1Malaysia Development Berhad, kepada China General Nuclear Power Corp sebanyak RM17 bilion pada November tahun lalu.



Beberapa minggu kemudian, China Railway Engineering Corp membeli kepentingan dalam pembangunan yang dikenali sebagai Bandar Malaysia di pinggir Kuala Lumpur sebanyak RM12.4 bilion.



Malaysia juga sedang melihat pada syarikat China untuk meningkatkan ekonomi digitalnya.



Huawei Technologies baru-baru ini dilantik sebagai penasihat kepada kerajaan Malaysia dalam projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), lapor Nikkei Asian Review melaporkan minggu lepas. Huawei harus melatih 300 pelajar Malaysia dalam ICT setiap tahun.



Semasa lawatannya ke Beijing minggu ini, yang ketiga sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib akan menemui Encik Jack Ma, pengerusi eksekutif gergasi e-dagang Alibaba.



Datuk Seri Mohd Irwan berkata Encik Ma mungkin ditawarkan jawatan penasihat untuk membantu Malaysia membangunkan ekonomi digital.



Datuk Seri Najib akan menandatangani 10 memorandum persefahaman kerajaan dengan kerajaan.



Satu laporan yang belum disahkan minggu lepas berkata semasa lawatan itu, Malaysia akan mengumumkan pembelian pertama kapal peronda China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >