Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14

China: Dasar dua anak diteruskan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

China: Dasar dua anak diteruskan

Mar 07, 2014 | 04:55 PM

BEIJING: Kementerian Kesihatan China semalam meredakan spekulasi bahawa negara itu akan menarik balik dasar satu orang anak dan membenarkan keluarga mempunyai dua orang anak.

Negara di dunia yang paling ramai penduduk telah mengehadkan kebanyakan keluarga kepada hanya satu anak sejak lewat 1970-an tetapi Parti Komunis China berkata November lalu bahawa pasangan akan dibenarkan mempunyai dua orang anak selagi salah satu ibu bapa adalah anak tunggal.

Media negara menukil pegawai kanan perancang keluarga, Encik Ma Xu, yang berkata pemerintah sedang menyelidik pilihan bagi membolehkan semua pasangan mempunyai anak kedua, hingga mendorong spekulasi bahawa dasar itu akan dilonggarkan.

Namun Menteri Kesihatan, Encik Li Bin, menolak kemungkinan itu dengan memberitahu satu sidang akhbar bahawa "dasar-dasar asas tidak boleh diubah" dan menambah bahawa "tiada jadual tertentu" bagi pembaharuan dasar asas.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang akhbar di luar acara Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC). - AFP.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3