Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China didakwa cegah syarikat penerbangan domestik dari beli Boeing buatan AS

Sep 30, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Gina Raimondo berkata pemerintah China telah mencegah syarikat penerbangan domestiknya daripada membeli pesawat Boeing buatan AS bernilai puluhan bilion dolar.



Cik Raimondo berkata China tidak mematuhi komitmen untuk membeli barangan AS yang dibuatnya pada 2020 sebagai sebahagian daripada perjanjian perdagangan dengan pentadbiran AS sebelumnya.



"Terdapat puluhan bilion dolar pesawat yang ingin dibeli oleh syarikat penerbangan China tetapi pemerintah China menghalangnya," katanya dalam satu sesi soal jawab selepas ucapannya di Washington kelmarin.



Saham Boeing jatuh 2.6 peratus kelmarin kepada AS$218.41 ($296).



Dalam wawancara berasingan dengan siaran National Public Radio kelmarin, Cik Raimondo mengesahkan beliau secara khusus merujuk kepada halangan pembelian pesawat Boeing oleh China.



"Negara China perlu mengikut peraturan. Kita perlu jadikan mereka bertanggungjawab," katanya.



Syarikat penerbangan Boeing enggan mengulas sementara kedutaan China di AS tidak segera memberi ulasan.



Ketua pegawai eksekutif Boeing, Dave Calhoun, pada Mac lalu menggesa AS untuk memisahkan isu hak asasi manusia dan perselisihan lain daripada hubungan perdagangan dengan Beijing.



"Saya berharap kita dapat memisahkan hak cipta intelektual, hak asasi manusia dan perkara lain daripada perdagangan dan terus mendorong sekitaran perdagangan bebas antara kedua-dua ekonomi besar ini," katanya pada waktu itu.



"Kami tidak mampu dikunci daripada pasaran ini (China)."



Pada minggu lalu, Boeing menaikkan sedikit ramalan bagi permintaan pesawat China buat 20 tahun mendatang, meletakkan harapan pada pemulihan cepat negara itu daripada Covid-19 dan pertumbuhan masa depan dalam sektor penerbangan berkos rendah dan e-dagang.



Boeing menganggarkan syarikat penerbangan China akan memerlukan 8,700 pesawat baru hingga 2040, 1.2 peratus lebih tinggi daripada ramalan sebelumnya bagi 8,600 pesawat yang dibuatnya tahun lalu.



Ini bermakna pasaran itu akan bernilai AS$1.47 trilion berdasarkan harga jualan, kata Boeing.



China menyumbang satu perempat pesanan semua pesawat Boeing. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >