Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China guna TikTok perluas pengaruh ke seluruh dunia: AP Republikan

Mar 01, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: China menggunakan TikTok untuk meluaskan pengaruhnya ke seluruh dunia, kata seorang ahli parlimen terkemuka Parti Republikan pada Isnin dan menghujahkan bahawa aplikasi perkongsian video popular yang dimiliki oleh syarikat yang berpangkalan di Beijing itu harus diharamkan di Amerika Syarikat atau dijual.



Ahli Dewan Kongres yang juga Pengerusi Jawatankuasa yang memantau ehwal China, Encik Mike Gallagher, dari Wisconsin, menyatakan ada keperluan mendesak untuk memisahkan dua ekonomi terbesar dunia dan menunjukkan usaha negara itu bagi mendapatkan lebih banyak pengaruh di luar negara sebagai tanda bahawa ia mesti dibalas.



"Strategi, taktik dan teknologi yang sama yang digunakan oleh CCP (Parti Komunis China) untuk mengawal orang Cina di China semakin menjadi strategi, taktik dan teknologi yang sama yang mereka gunakan untuk mengawal rakyat Amerika," kata Encik Gallagher kepada pemberita, merujuk kepada Parti Komunis China yang memerintah.



Jawatankuasa terpilih baru yang dipengerusikan Encik Gallagher itu bersedia mengadakan pendengaran pertamanya pada 7 malam Selasa waktu Washington, sebagai tanda terbaru sikap agresif yang semakin mendalam terhadap Beijing oleh kedua-dua pihak di Capitol Hill.



Ia juga didorong oleh kekecohan mengenai kononnya belon pengintip China yang terbang di ruang udara Amerika serta dakwaan pentadbiran Joe Biden bahawa China telah mempertimbang sama ada membekalkan Russia dengan sokongan ketenteraan dalam misi pencerobohan ke atas Ukraine.



China telah menolak apa yang dipanggil "sikap kegilaan" Amerika atas isu belon dan berkata ia tidak menawarkan senjata ke zon pertikaian.



"Baru-baru ini, terdapat terlalu banyak maklumat salah mengenai China dalam hal ini," kata jurucakap Kementerian Luar China, Encik Wang Wenbin, dalam taklimat pada Jumaat lalu.



Beliau menambah bahawa kedudukan China di Ukraine "bermula kepada satu frasa: untuk menyokong keamanan dan mempromosi perbincangan".



Salah satu matlamat jawatankuasa pilihan Amerika adalah "untuk muncul dengan rangka kerja yang selari dalam memastikan berlaku pemisahan ekonomi dan kewangan secara terpilih", kata Encik Gallagher kepada pemberita. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >