BEIJING: China berikrar mengambil semua langkah sewajarnya demi melindungi kedaulatan di Laut China Selatan dan berkata ia berhak menubuhkan zon pertahanan udara, selepas menolak keputusan tribunal antarabangsa yang menafikan tuntutannya di rantau ini.
Kedaulatan Beijing di Laut China Selatan tidak akan terjejas dengan keputusan tribunal itu, kata Menteri Pertahanan, Encik Chang Wanquan, dalam pertemuan dengan Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Cik Federica Mogherini, lapor agensi berita Xinhua.