AS, China kembali runding, tidak letak harapan tinggi
Jul 31, 2019 | 05:30 AM
BEIJING: Perunding Amerika Syarikat dan China bertemu di Shanghai semalam untuk menghidupkan semula rundingan perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu, namun, kedua-dua pihak tidak bergantung harapan akan mencapai satu perjanjian.
Rundingan di hab kewangan China itu ialah perbincangan bersemuka pertama sejak rundingan musnah pada Mei, apabila Presiden Amerika Donald Trump menuduh China berpaling daripada komitmen yang telah dipersetujui.