Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China kian hampir bina logi nuklear di Laut China Selatan: Akhbar negara

Apr 22, 2016 | 12:27 PM



BEIJING: China semakin hampir membina platform tenaga nuklear maritim yang boleh satu hari nanti digunakan untuk menyokong projek negara itu di Laut China Selatan, lapor sebuah akhbar kendalian negara pada Jumaat (22 April).



China telah mencetus kemarahan dengan kegiatan ketenteraan dan pembinaan di pulau-pulau yang ia duduki di Laut China Selatan yang dipertikai, termasuk membina landasan, walaupun Beijing berkata kebanyakan yang dibinanya ialah bagi kegunaan awam, seperti rumah api.



The Global Times, sebuah tabloid berpengaruh yang diterbitkan Harian Rakyat Parti Komunis, berkata platform tenaga nuklear itu boleh "belayar" ke kawasan pedalaman dan menyediakan bekalan tenaga stabil.



Encik Liu Zheng Guo, ketua pejabat besar China Shipbuilding Industry Corp, yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membina platform itu, memberitahu akhbar tersebut bahawa syarikat tersebut "sedang memajukan kerja itu".



"Pembangunan platform tenaga nuklear ialah satu trend yang semakin meningkat," kata Encik Liu. "Bilangan sebenar logi yang akan dibina (oleh syarikat itu) bergantung pada permintaan pasaran."



Permintaan "cukup kukuh", katanya, tanpa mengulas lanjut.



Akhbar itu memetik laporan pada Januari oleh China Securities Journal bahawa platform demonstrasi dijangka siap pada 2018 dan memulakan operasi menjelang tahun kemudiannya.



China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, yang dipercayai mempunyai simpanan besar minyak dan gas, dan sedang membina pulau-pulau di terumbu karang untuk menyokong tuntutannya.



Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan ke atas sebahagian daripada perairan itu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >