Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China, Korea Selatan dan Jepun akur pulihkan hubungan

Nov 02, 2015 | 09:34 AM



SEOUL: Pemimpin Korea Selatan, Jepun dan China menggesa pada Ahad (1 Nov) agar diadakan kerjasama tiga hala lebih besar dalam perdagangan dan keselamatan, dan bersetuju dalam satu langkah besar, untuk berusaha ke arah memulihkan hubungan antara mereka.


Ia dicapai pada mesyuarat pertama mereka dalam masa lebih tiga tahun di ibu kota Korea Selatan ini.


Presiden Korea Selatan, Cik Park Geun Hye, Perdana Menteri China, Encik Li Keqiang dan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, juga menggesa diadakan lebih banyak usaha bagi meneruskan rundingan enam pihak untuk mengenyahnuklearkan Korea Utara dan menggalak keamanan di Timur Laut Asia.


Kerjasama tiga hala "dipulihkan sepenuh" semasa sidang puncak itu dan ketiga-tiga pemimpin akan terus bertemu setiap tahun, kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas sidang kemuncak yang menangani isu daripada integrasi ekonomi kepada kestabilan kewangan dan keselamatan nuklear itu.


"Kami mencapai persetujuan bersama bahawa keadaan di mana kesalingbergantungan ekonomi dan ketegangan politik/keselamatan wujud bersama perlu diatasi bagi membina kedamaian, kestabilan dan kemakmuran bersama tetap di rantau ini, dan untuk terus membangunkan kerjasama tiga hala teguh," kata para pemimpin itu dalam kenyataan tersebut.


"Dalam semangat menghadapi sejarah dan mara ke arah masa depan, kami bersetuju bahawa ketiga-tiga negara perlu menangani isu-isu berkaitan dengan baik dan bekerja bersama-sama untuk meningkatkan hubungan dua hala dan mengukuhkan kerjasama tiga hala," tambah kenyataan itu.


Sidang puncak tiga hala itu, yang bermula pada 2008, terhenti pada 2012 kerana pertikaian sejarah dan wilayah.


Walaupun tidak ada penerobosan besar pada pertemuan tersebut, langkah menyambung perbincangan sahaja menjadi tanda kesediaan memperbaiki hubungan tegang.


Tiga pemimpin itu juga bersetuju berusaha ke arah memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas tiga hala dan Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau yang melibatkan 16 negara, kata Cik Park dalam satu sidang akhbar bersama selepas mesyuarat itu, lapor akhbar The Straits Times.


Tiga negara itu menerima pakai pendirian bersatu terhadap Korea Utara, dengan berikrar dalam kenyataan bersama mereka untuk "menentang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan ketegangan di semenanjung Korea" dan meneruskan usaha menyambung perbincangan nyahnuklear.


Mereka juga bersetuju meningkatkan pertukaran dalam bidang seperti pendidikan, seni dan sukan, dan berusaha meningkatkan angka pelancongan tiga hala kepada 30 juta pada 2020.


Bagaimanapun, para pakar berkata kenyataan bersama 12 muka surat itu dilakar dengan berhati-hati dan tidak mengandungi apa-apa kejutan. Ia tidak menyebut tentang pertikaian wilayah Laut China Timur atau isu "wanita penghibur" zaman perang dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >