Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China, Korea U sambung operasi kereta api barang rentas sempadan

Sep 27, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Operasi kereta api barang rentas sempadan antara Korea Utara dan China nampaknya telah disambung lepas digantung lima bulan, kata Kementerian Penyatuan Korea Selatan semalam.



Komen daripada kementerian itu, yang mengendalikan hubungan dengan Korea Utara, dibuat selepas agensi berita Yonhap melaporkan kereta api barang dari Dandong, China, menyeberangi jambatan ke bandar Sinuiju di Korea Utara.



"Korea Utara dan China belum mengesahkan secara rasmi tetapi melihat pada pelbagai keadaan, operasi kereta api barang antara Korea Utara dan China nampaknya disambung hari ini (semalam)," kata jurucakap kementerian itu, Encik Cho Joong-hoon, dalam satu taklimat.



Pergerakan kereta api itu dihentikan sejak 29 April apabila China menggantung perkhidmatan dengan Korea Utara berikutan rundingan akibat jangkitan Covid-19 di bandar sempadannya Dandong. Tidak lama lepas itu, Korea Utara melaporkan wabak Covid-19 pertamanya, yang kini dikatakan telah berakhir.



Penggantungan pada April berlaku kurang empat bulan lepas Korea Utara melonggarkan sekatan sempadan yang dikuatkuasakan mulai awal 2020 akibat Covid-19.



Kumpulan bantuan global berkata sekatan sempadan itu menyebabkan kesengsaraan ekonomi Korea Utara yang semakin meruncing dan risiko kepada bekalan makanan bagi berjuta-juta orang.



Bulan lalu, pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, mengisytiharkan kemenangan ke atas Covid-19 dan mengarahkan langkah antiwabak maksimum yang dikenakan pada Mei ditarik balik, sambil menambah bahawa Korea Utara mesti mengekalkan "pencegah antiwabak kukuh bak keluli".



Korea Utara tidak pernah mengesahkan berapa ramai warganya dijangkiti Covid-19, kerana ia tidak mempunyai cara bagi menjalankan ujian meluas, dan pakar meragui jumlahnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >