China kurangkan tarif import bagi lebih 850 produk mulai 1 Jan
Dec 24, 2019 | 05:30 AM
BEIJING: China bakal mengurangkan tarif pada barang dagangan termasuk avokado beku, produk farmaseutikal dan beberapa peralatan berteknologi tinggi bermula 1 Januari nanti, kata Kementerian Kewangan negara itu dalam satu kenyataan.
Ini merupakan antara langkah yang diambil Beijing dalam usaha mereka meningkatkan jumlah import di tengah-tengah ekonomi yang tidak menentu serta perang perdagangan dengan Amerika Syarikat.