Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SUSULAN LAWATAN SPEAKER DEWAN PERWAKILAN AS KE TAIWAN

China lancar latihan tentera besar-besaran sekeliling Taiwan

Aug 05, 2022 | 05:30 AM



TAIPEI:Pemerintah China telah melancarkan latihan ketenteraan secara besar-besaran membabitkan tembakan peluru hidup di enam kawasan sekeliling Taiwan, semalam.



Ini selepas kuasa terbesar Asia itu berang dengan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, ke Taipei.



Sejurus dijadualkan pada 4 pagi GMT (12 tengah hari waktu Singapura), stesen penyiaran CCTV melaporkan latihan julung kali itu sudah bermula dan dijadualkan berakhir pada 4 pagi GMT Ahad ini.



Menurut laporan stesen penyiaran China itu, latihan berkenaan akan meliputi tembakan peluru hidup di laut serta ruang udara di sekeliling Taiwan.



Pegawai Taiwan mendakwa latihan ketenteraan itu melanggar peraturan ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mencerobohi ruang wilayah Taiwan, serta merupakan cabaran secara langsung terhadap navigasi bebas udara dan laut.



Cik Pelosi, 82 tahun, mengunjungi Taiwan kelmarin dan mengadakan pertemuan dengan Presiden Tsai Ing-wen dan memberi jaminan akan perpaduan Amerika dengan Taiwan.



Tindakan itu menimbulkan bantahan kuat China yang menganggap pulau itu adalah sebahagian daripada wilayah mereka.



Ini merupakan lawatan pertama pemimpin kanan Amerika sejak 25 tahun lalu.



"China sedang menjalankan latihan di laluan penerbangan serta laut antarabangsa yang paling sibuk, dan itu adalah tingkah laku tidak bertanggungjawab serta melanggar undang-undang," dakwa parti pemerintah Taiwan, Parti Progresif Demokratik (DPP).



Jurucakap Kabinet Taiwan turut menzahirkan kecaman serius terhadap latihan itu, malah mendakwa laman web Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden diserang penggodam.



Malam kelmarin, hanya beberapa jam selepas Cik Pelosi meninggalkan Taipei untuk meneruskan rangka lawatannya ke Korea Selatan, Kementerian Pertahanan Taiwan mendakwa pesawat tidak dikenal pasti yang berkemungkinan dron, dikesan terbang sekitar kepulauan Kinmen, Taiwan, yang terletak berhampiran pantai tanah besar itu.



Mejar Jeneral Chang Zone-sung daripada Angkatan Pertahanan Kinmen memberitahu agensi berita Reuters, dua dron didakwa terbang ke dalam kawasan Kinmen sebanyak dua kali, kira-kira 9 malam hingga 10 malam tadi.



"Kami serta-merta melepaskan suar untuk memberi amaran dan mengusirnya. Selepas itu, mereka pusing balik. Mereka memasuki kawasan larangan kami. Justeru, kami mengusirnya," katanya.



China mendakwa Taiwan yang memiliki pentadbiran demokrasi sendiri, sebagai sebahagian daripada wilayahnya.



Sehubungan itu, Beijing tegas menyifatkan sebarang pertikaian atau perbezaan wujud antara negara berkenaan dengan Taiwan, adalah hal ehwal dalaman.



"Hukuman kami terhadap pejuang tegar prokemerdekaan Taiwan dan tentera luar adalah wajar serta mengikut undang-undang," kata Pejabat Hal Ehwal Taiwan, China, yang berpangkalan di Beijing.



Latihan ketenteraan di enam kawasan sekeliling Taiwan, diumumkan berserta peta yang diedarkan siaran agensi berita Xinhua.



Di Beijing, keselamatan di kawasan sekitar Kedutaan Amerika terus dikawal ketat, semalam. Bagaimanapun, tiada tanda bantahan signifikan atau desakan untuk memboikot produk Amerika. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >