Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China lapor kes Omicron dalaman pertama, jangkitan di serata Asia meningkat

Jan 10, 2022 | 05:30 AM



  • Bilangan kes di Jepun melonjak 16 kali ganda

  • Kiraan di Filipina, Jepun dan India sudah lepasi rekod

JANGKITAN Covid-19 di negara-negara serata Asia mula meningkat ekoran varian Omicron yang lebih mudah berjangkit.



China melaporkan kes penularan Omicron dalam masyarakat yang pertama semalam setelah dua orang disahkan menghidap varian koronavirus itu di bandar utara Tianjin, menurut laporan oleh penyiar negeri CCTV.



Di Jepun, kiraan Covid-19 satu hari di negara itu melonjak hampir 16 kali ganda sejak tahun baru ini.



Di Australia dan Filipina, kes jangkitan harian sudah melepasi rekod, manakala India mencatat bilangan jangkitan paling tinggi dalam tempoh tujuh bulan kelmarin.



Di China, kes di bandar pelabuhan itu disahkan sebagai Omicron oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China setelah cabang setempatnya menyelesaikan penjujukan genom, lapor CCTV.



Dua kes baru itu didapati daripada rantaian penularan yang sama tetapi pegawai masih belum menentukan sama ada jenis itu sama dengan kes Omicron yang diimport yang dilaporkan terdahulu di bandar itu, menurut laporan tersebut.



Komitmen China kepada dasar Sifar Covid telah mengakibatkan sekatan pergerakan dan pelaksanaan ujian beser-besar dan langkah-langkah lain di bandar-bandar di serata negara.



Penularan lanjut meningkatkan risiko langkah sekatan baru yang boleh mengganggu pengeluaran dan perkapalan dalam ekonomi yang sedang menghadapi penggunaan (weak consumption) yang lemah dan kemerosotan pasaran hartanah.



Tianjin pertama kali melaporkan dua kes itu lewat kelmarin dan kedua-dua individu itu, seorang daripada mereka seorang kanak-kanak, tidak ke luar bandar tersebut dalam masa 14 hari lalu.



Bandar itu telah memulakan pengujian besar-besaran dari 7 pagi semalam untuk "secara berkesan mengurangkan penularan lanjut varian Omicron," lapor agensi berita negeri Xinhua.



Di Australia pula, sebanyak 116,025 kes dilaporkan kelmarin, mengatasi angka 100,000 buat pertama kali dan melampaui 78,000 pada hari sebelumnya, sedang negeri-negeri bergegas untuk memperkenalkan semula sekatan bagi mengelakkan hospital daripada dibebani.



Filipina juga mencatat rekod baru 26,458 kes sehari, hanya dua minggu selepas melaporkan kurang 200 kes sehari.



Sekatan telah diperkenalkan di ibu kota Manila dan puluhan bandar dan wilayah lain bagi menangani lonjakan jangkitan itu.



Sementara itu, India melaporkan 141,986 kes Covid-19 baru kelmarin. Ini adalah bilangan tertinggi sejak Mei lalu sedang Omicron mengambil alih daripada Delta sebagai varian dominan di kawasan metropolitan.



Jepun, yang melaporkan beberapa ratus kes sahaja sejak keadaan darurat diangkat September lalu, melaporkan 8,480 kes kelmarin sedang jangkitan terus meningkat pada kadar yang membimbangkan.



Negara itu hanya melaporkan 534 jangkitan pada hari yang sama minggu lalu.



Tokyo mencatat 1,224 kes - melepasi angka 1,000 buat pertama kali sejak September lalu dengan kiraan 15.5 kali lebih tinggi berbanding 79 jangkitan Sabtu lalu.



Korea Selatan, bagaimanapun, terlepas daripada lonjakan kes Covid-19 buat masa ini dengan 3,510 kes baru dilaporkan Jumaat lalu, turun daripada 3,716 pada hari sebelumnya, walaupun kelompok kecil telah dikenal pasti di kawasan metropolitan Seoul.



Sekatan lebih ketat telah dilaksanakan semula bulan lalu walaupun dengan adanya dasar "hidup dengan Covid-19", selepas negara itu melaporkan jangkitan harian yang memecahkan rekod mencecah 7,800 November lalu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >