China lapor tiada kes baru dalam kalangan penduduk
Mar 21, 2020 | 05:30 AM
BEIJING/SHANGHAI: China melaporkan tiada kes baru koronavirus Covid-19 dalam kalangan penduduk setempat, dua hari berturut-turut, tetapi mencatat angka tertinggi bagi kes yang diimport.
Ini menyebabkan semua wilayah di China terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memeriksa warganya yang baru pulang ke tanah air dari serata dunia.