Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China 'mahu bentuk semula' susunan keselamatan serantau

Jan 12, 2017 | 09:04 AM



BEIJING: China buat pertama kalinya mengeluarkan satu Kertas Putih mengenai dasarnya berhubung kerjasama keselamatan di rantau Asia-Pasifik.



Tindakan Beijing ini dilihat mencerminkan minatnya yang semakin meningkat dalam membentuk semula susunan keselamatan serantau.



Dalam satu sidang media pada Rabu (11 Jan), Timbalan Menteri Luar China, Encik Liu Zhenmin, berkata dengan jelas dokumen itu adalah mengenai kerjasama keselamatan dan bukan isu-isu keselamatan.



Namun beliau juga berkata: "Struktur keselamatan semasa di rantau ini tidak memuaskan, yang telah membawa kepada ketidakpercayaan antara negara-negara."



Termasuk dalam wawasan China bagi keselamatan rantau ini ialah pembaikan rangka kerja keselamatan serantau. Kertas Putih itu menyatakan: "China menggalak pembangunan rangka kerja keselamatan di rantau Asia-Pasifik, yang tidak bermakna bermula dari mula sekali lagi, tetapi meningkatkan dan memperbaiki mekanisme sedia ada."



Rangka kerja itu harus "berlapis-lapis, menyeluruh dan pelbagai" dan "berdasarkan kesepakatan".



Kertas Putih itu mengambil perhatian kepelbagaian rangka kerja semasa, seperti mekanisme kerjasama keselamatan yang diterajui Asean, dan platform seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan Persidangan Mengenai Interaksi dan Langkah-langkah Pembinaan Keyakinan di Asia, kedua-duanya inisiatif Cina.



Bagaimanapun, ia tidak menyebut tentang sidang puncak pertahanan Dialog Shangri-La yang diadakan setiap tahun di Singapura, di mana China sering dikritik.



Profesor Madya Li Mingjiang, seorang pakar dalam keselamatan Asia-Pasifik, berkata Kertas Putih itu menunjukkan China kini "lebih serius mengenai memperbaharui dan mengubah seni bina keselamatan serantau", lapor akhbar The Straits Times.



Ini kerana susunan sedia ada, tanpa China memainkan peranan utama dalam kewujudannya, mempunyai unsur-unsur tidak sesuai dengan keinginan Beijing. Antaranya ialah pakatan dan perkongsian keselamatan yang tertumpu pada Amerika Syarikat, seperti pakatan antara Amerika dan Jepun, Korea Selatan, Filipina atau Thailand.



Walaupun menyatakan rantau ini pada keseluruhannya stabil, Kertas Putih itu berkata ia "masih menghadapi pelbagai ketidakstabilan dan faktor tidak menentu".



Dalam apa yang dilihat oleh pakar sebagai rujukan kepada hampir semua negara di rantau ini, Kertas Putih itu berkata: "Negara kecil dan sederhana tidak perlu dan tidak harus berpihak pada negara-negara besar."



Ia turut menyentuh mengenai isu Laut China Selatan, dengan menyatakan China mempunyai "kedaulatan yang tidak boleh dipertikai ke atas Kepulauan Nansha (Spratly) dan perairan bersempadanan dengannya".



Namun, ia juga berkata China komited untuk menyelesaikan pertikaian berhubung pulau-pulau itu secara aman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >