Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China mahu suaranya 'paling lantang di alam siber'

Jan 08, 2016 | 09:01 AM



SHANGHAI: Pengawal selia Internet China berikrar akan menjadikan pandangan Parti Komunis "suara paling lantang di alam siber", sebagai sebahagian usaha mengukuhkan cengkamannya ke atas Internet di negara itu.


Berikutan satu mesyuarat dua hari, Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) juga berkata keutamaan tahun ini ialah "menggunakan pandangan Cina, China merancang membawa kepada satu transformasi dalam sistem tadbir urus Internet di seluruh dunia".


Presiden China, Encik Xi Jinping, memperjuangkan satu wawasan bagi ruang siber di mana "kedaulatan" Internet terletak di tangan negara-negara yang boleh mengawal aliran maklumat dan memagari kandungan dalam talian tertentu sesuka hati mereka.


Sejak Encik Xi menerajui China pada awal 2013, beliau mengadakan pemusatan tadbir urus Internet dalam negeri dan usaha lebih luas untuk mengawal dan sering menapis maklumat dalam talian, kata pakar.


Usaha itu bertujuan mengekalkan kestabilan, yang dilihat oleh Parti Komunis sebagai tunggak penting dalam pemerintahannya.


Pada Persidangan Internet Sedunia kedua China bulan lalu, yang dihadiri oleh Facebook, LinkedIn, Microsoft dan IBM, Encik Xi menggesa agar dihormati model tadbir urus berbeza dan diseragamkan keselamatan dalam talian, sekali gus meletak China di barisan depan dalam perbahasan mengenai kawalan dan kedaulatan dalam talian.


Tahun ini CAC akan berusaha "membolehkan pencapaian parti itu dalam teori inovasi dan pencapaian praktikalnya menjadi nada utama yang sangat dipegang dan tema utama di alam siber", katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya lewat Rabu (6 Jan).


Mesyuarat CAC itu juga membincangkan cara meningkatkan tadbir urus alam siber.


China mengendalikan "Great Firewall", iaitu sistem penapisan dalam talian paling canggih di dunia yang menghalang - dan, mulai tahun ini, juga menyerang - perkhidmatan Internet yang ia anggap tidak baik.


Pengkritik tadbir urus Internet China berkata syarikat teknologi asing tidak boleh memberi Beijing kredibiliti dengan bersetuju mematuhi dasar-dasarnya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >