Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China mulakan operasi rumah api di pulau buatan di Laut China Selatan

Apr 07, 2016 | 09:51 AM



BEIJING: China telah memulakan operasi sebuah rumah api yang dibina di salah satu daripada pulau buatannya di Laut China Selatan, berhampiran kawasan kapal perang Amerika Syarikat belayar tahun lalu untuk mencabar tuntutan wilayah Beijing.



China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, di mana kira-kira AS$5 trilion ($6.8 trilion) perdagangan dunia tahun lalui setiap tahun menggunakan kapal.



Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam juga mempunyai tuntutan.



Kementerian Pengangkutan China mengadakan "upacara siap pembinaan", menandakan permulaan operasi rumah api setinggi 55 meter di Terumbi Subi itu, lapor agensi berita rasmi Xinhua lewat Selasa (5 Apr).



Gambar menunjukkan beberapa lelaki memakai baju putih berdiri di sebelah struktur menjulang tinggi itu, disebelah tanda tertera "majlis penyalaan lampu".



Kapal pemusnah peluru berpandu Amerika, USS Lassen, belayar dalam lingkungan 12 batu nautika dari Terumbu Subi pada Oktober tahun lalu, menimbulkan kemaharan China.



Terumbu Subi, yang dirujuk oleh China sebagai Zhubi Reef, ialah sebuah pulau buatan di Kepulauan Spratly yang dibina oleh China kira-kira sepanjang setahun lalu.



China mempunyai projek rumah api di dua terumbu lain di kawasan itu - Terumbu Cuarteron dan Terumbu Johnson South.



Sebelum China menukar Subi menjadi sebuah pulau, ia tenggelam semasa air pasang.



Di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut, had 12 batu nautika tidak boleh ditetapkan di sekitar pulau buatan manusia yang dibina di atas terumbu yang sebelum itu tenggelam. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >