Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China pertimbang tamatkan had dua anak

Aug 28, 2018 | 12:16 PM



BEIJING: China bakal membatalkan dasar dua anak, dengan akhbar tempatan memetik rang kod sivil yang akan mengubah peraturan perancangan keluarga penuh kontroversi selama beberapa dekad itu.



Kod itu akan menamatkan dasar yang dikuatkuasakan menerusi denda, yang juga dikenali kerana kes pengguguran paksa dan pemandulan di negara paling ramai penduduk di dunia itu.



Akhbar Procuratorate Daily melaporkan, kod draf itu tidak merujuk kepada ‘perancangan keluarga’, dasar terkini yang mengehadkan pasangan suami isteri memiliki tidak lebih daripada dua anak.



Laporan tidak menunjukkan sama ada dasar baru akan menaikkan had atau membenarkan bilangan anak tanpa had.



Kod draf sivil itu, yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Kebangsaan Rakyat minggu ini, dijangka siap menjelang 2020.



Parti Komunis mula menguatkuasa dasar satu anak pada 1979 untuk melambatkan pertumbuhan penduduk.



Ia dinaikkan kepada dua anak pada 2016 ketika negara itu berusaha mengatasi bilangan warga emas dalam kalangan 1.4 bilion rakyatnya.



Kebimbangan memuncak bahawa pertambahan warga tua dan kekurangan tenaga kerja akan melembapkan ekonomi China, manakala ketidakseimbangan jantina membawa kepada masalah sosial. — AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >