SHANGHAI: Bank pusat China telah merendahkan wang pendahuluan minimum bagi membeli rumah kedua di seluruh negara, menarik balik dasar utama yang pada asalnya bagi mengawal harga perumahan sedang negara itu cuba meningkatkan semula ekonomi.
Bank Rakyat China (PBOC), atau lebih dikenali sebagai Bank pusat China, berkata deposit minimum bagi individu yang membeli hartanah kedua ialah sebanyak 40 peratus, menurut kenyataan yang dimuat naik di lelamannya.