Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China, Russia adakan latihan tentera laut bersama di Laut China Selatan pada Sep

Jul 29, 2016 | 09:39 AM



BEIJING: China dan Russia akan mengadakan latihan tentera laut bersama tahunan mereka di Laut China Selatan buat kali pertama pada September, berpotensi meningkat ketegangan serantau yang belum reda selepas ketetapan antarabangsa terhadap tuntutan wilayah Beijing di perairan itu.



Kementerian Pertahanan China mengesahkan pada Khamis (28 Jul) spekulasi sejak bulan lepas oleh media China dan Russia bahawa latihan tahun ini akan dijalankan di Laut China Selatan.



Dalam menjawab pertanyaan media yang disiarkan di laman web kementerian itu, jurucakap Yang Yujun berkata latihan tersebut bertujuan mengukuhkan kerjasama tentera dan keupayaan terhadap ancaman keselamatan maritim.



Beliau juga mengulangi frasa biasa China bahawa ia satu latihan rutin dan tidak disasarkan pada sembarang negara pihak ketiga.



China dan Russia, yang hubungan mereka semakin mendalam di bawah Presiden Xi Jinping dan Presiden Vladimir Putin, mengadakan latihan bersama sejak 2012 di Laut Kuning, Laut Jepun, Laut China Timur dan Laut Mediterranean.



Penganalisis China berkata hanya menunggu masa sebelum latihan itu diadakan di Laut China Selatan, kerana ia satu-satunya kawasan dalam wilayah China yang belum digunakan bagi latihan tersebut



Tetapi ada motivasi strategik bagi China memilih kawasan itu tahun ini, menyusuli keputusan tribunal timbang tara di The Hague pada 12 Julai yang membatalkan tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan.



Dr Zhu Feng, pengarah eksekutif di Pusat China bagi Pengajian Usaha Sama Laut China Selatan di Universiti Nanjing, berkata China mahu menunjukkan ia tidak sendirian dalam pengendalian pertikaian wilayah itu.



Tiada butiran pada Khamis mengenai lokasi sebenar dan masa latihan bersama itu, mahupun skalanya.



Penganalisis berkata ia tidak mungkin serentak dengan sidang puncak Kumpulan 20 di Hangzhou pantai 4-5 Sep, kerana China mahu menonjolkan dirinya sebagai pemudah kerjasama global, dan bukan penceroboh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >