PERANG DAGANG AMERIKA SYARIKAT-CHINA

China sedia kerjasama dengan Amerika akhiri ketegangan

Beijing persalah pentadbiran Trump bagi keruntuhan rundingan, keluar Kertas Putih menyatakan perang dagang antara mereka "tidak menjadikan Amerika hebat semula"

BEIJING: Pemerintah China mengatakan ia bersedia bekerja bersama Amerika Syarikat untuk mengakhiri perang perdagangan yang semakin meningkat, tetapi menyalahkan pentadbiran Presiden Donald Trump bagi keruntuhan rundingan dan menekankan ia tidak boleh didesak agar memberi kelonggaran.

Beijing mengeluarkan sebuah kertas putih kelmarin yang mengatakan perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar di dunia itu tidak "menjadikan Amerika hebat semula" - menggunakan slogan kempen pilihan raya presiden 2016 Encik Trump.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun