Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China sediakan data cap jari bagi bantu Malaysia kenal pasti Kim Jong Nam

Mar 14, 2017 | 11:06 AM



KUALA LUMPUR: Identiti lelaki Korea Utara yang terbunuh di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) pada 13 Feb disahkan sebagai Kim Jong Nam berdasarkan data cap jari yang diperoleh daripada pihak berkuasa China.



Rekod cap jari Encik Kim disimpan oleh pihak berkuasa di Macau, tempat beliau dan keluarganya tinggal di pelbagai lokasi yang tidak didedahkan atas sebab-sebab keselamatan mereka.



"Pengesahan melalui pangkalan data cap jari sebahagian daripada proses mengenal pasti mangsa dalam konteks DNA. Ia boleh diterima selain daripada menguji sampel tisu, rambut dan darah mangsa dengan ahli keluarganya," kata sumber berkenaan.



Difahamkan bahawa selain China, data biometrik Encik Kim disimpan oleh negara lain kerana perjalanan kerap beliau ke pelbagai tempat, termasuk Singapura dan Jepun.



"Bagaimanapun, dalam konteks kes itu, polis Malaysia bekerjasama dengan rakan-rakan mereka di China melalui Interpol. Lebih 20 anggota polis dan pegawai dari China membantu dalam proses mengenal pasti Jong Nam, dan juga dalam aspek lain," kata sumber itu.



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu sebelum ini berkata polis meminta bantuan Interpol dalam mengenal pasti mangsa dan menafikan sebuah pasukan telah dihantar ke Macau untuk mengumpul sampel DNA daripada ahli keluarga Encik Kim.



Beliau mengesahkan Jumaat lalu (10 Mac) lelaki yang dibunuh di KLIA2 dengan menggunakan agen saraf VX yang diharamkan ialah Encik Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un. Mangsa menggunakan pasport di bawah alias 'Kim Chol'.



Pada Isnin, agensi berita Kyodo melaporkan Jepun menyediakan kepada Malaysia data cap jari dan maklumat lain mengenai Kim Jong Nam yang diperlukan untuk siasatan.



Data cap jari itu diperolehi apabila pegawai imigresen Jepun menahan beliau pada 2001 di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita apabila beliau cuba memasuki negara itu menggunakan pasport palsu, lapor Kyodo dengan memetik sumber.



Pihak berkuasa Jepun juga menawarkan data mengenai ciri-ciri fizikal Encik Kim, katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >