China senarai hitam warga yang buruk perangai di luar negara
Apr 13, 2015 | 05:30 AM
BEIJING: China akan menyiarkan 'senarai hitam' warganegaranya yang berkelakuan buruk di luar negara menyusuli beberapa laporan memalukan mengenai insiden melibatkan kelakuan warga China yang melancong ke luar negara.
Pentadbiran Pelancongan Nasional negara itu akan menyimpan pangkalan data warga yang melakukan kesalahan di luar negara dan senarai itu akan dikongsi dengan polis, pegawai kastam dan juga pihak bank, menurut satu laporan agensi berita Xinhua.