Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS, China sepakat tangguh kenaikan tarif selama 90 hari di sidang G20

Dec 02, 2018 | 12:13 PM



 





BUENOS AIRES: China dan Amerika Syarikat (AS) telah bersetuju untuk menghentikan tarif baru setelah kededua negara itu berbincang mengenai perdagangan dengan matlamat untuk mencapai persetujuan dalam tempoh 90 hari.



Demikian menurut Rumah Putih semalam (1 Disember) selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping mengadakan perbincangan di Argentina.



Trump bersetuju untuk tidak menaikkan tarif hingga 25 peratus pada barangan China bernilai AS$200 bilion (S$274 bilion) pada 1 Januari sepertimana yang diumumkan sebelum ini, setelah China bersetuju untuk membeli jumlah besar produk pertanian, tenaga, industri dan lain-lain lagi, menurut kenyataan Rumah Putih.



Menurut kenyataan itu lagi, China “terbuka untuk mengesahkan perjanjian Qualcomm Inc NXP ,yang sebelum ini tidak disahkan, jika ia dibentang.”



Rumah Putih juga berkata bahawa jika perjanjiannya terhadap isu perdagangan termasuk pemindahan teknologi, harta intelek, hadangan bukan tarif, pencurian siber dan agrikultur belum lagi dicapai dengan China dalam tempoh 90 hari maka kededua pihak bersetuju untuk menaikkan tarif dari 10 peratus hingga 25 peratus.-REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >