Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China siap 'hantar pesawat' untuk ambil warga Taiwan yang diusir dari Kemboja

Jun 21, 2016 | 03:17 PM



PHNOM PENH: Lapan lagi warga Taiwan ditangkap di Kemboja berhubung tuduhan penipuan telefon, kata polis pada Selasa (21 Jun), dengan China nampaknya bersedia menghantar pesawat untuk mengambil mereka walaupun dibantah dengan keras oleh Taiwan.

Taipei menuduh Beijing "melarikan" rakyatnya dari negara-negara yang tidak mengiktiraf pemerintah pulau itu, termasuk Kemboja, sekutu China.

Seramai 21 warga Taiwan dan 14 rakyat China ditahan di Kemboja sejak beberapa hari lalu kerana didakwa melakukan penipuan telefon yang menyasarkan mangsa di tanah besar China.

"Kami akan mengusir mereka balik ke China minggu ini. China akan menghantar pesawat untuk mengambil mereka semua," kata Mejar Jeneral Uk Heisela, pengarah pemeriksaan dan prosedur di Jabatan Imigresen.

Pada April lalu, Malaysia dan Kenya mengusir warga Taiwan yang dituduh melakukan jenayah ke China, mencetuskan kegemparan di Taipei.

MG Uk Heisela berkata lapan tangkapan baru itu dibuat pada Sabtu dalam satu serbuan di Phnom Penh.

Kemboja, antara sekutu paling rapat Beijing di Asia Tenggara, enggan membezakan antara China dan Taiwan, dan merujuk warga Taiwan sebagai "orang China pulau".

Taiwan melaksana pemerintahan sendiri selepas berpisah dengan China pada 1949, berikutan satu perang saudara, tetapi Beijing masih melihat ia sebagai sebahagian daripada wilayahnya yang menunggu untuk disatukan semula.

Pulau itu tidak pernah secara rasmi mengisytihar kemerdekaan.

Pemerhati membaca kes pengusiran itu sebagai usaha China mengenakan tekanan ke atas pemerintah baru Taiwan, Parti Progresif Demokratik (DPP), yang mengambil alih Mei lalu.

Taiwan menegaskan rakyatnya yang diusir dari negara ketiga harus dihantar pulang ke pulau itu dan bukan tanah besar China.

Taipei berkata utusannya tidak dapat menghubungi warganya yang ditahan di Kemboja itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >