NANJING (China): China dan Taiwan semalam mengadakan rundingan peringkat pemerintah yang pertama sejak berpisah 65 tahun lalu, menyusuli satu perang saudara berdarah.
Menteri Ehwal Tanah Besar Taiwan, Encik Wang Yu-chi, telah menemui rakan sejawatannya dari Beijing di sini pada hari pertama lawatan empat hari ke tanah besar China.