Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China tolak kemungkinan konflik dengan Amerika berhubung Laut China Selatan

Feb 08, 2017 | 11:37 AM



SYDNEY: Beijing telah menolak kemungkinan berlaku konflik dengan Amerika Syarikat berkaitan Laut China Selatan, di tengah-tengah retorik agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.



Beliau berkata kedua-dua pihak akan rugi jika ia berlaku.



Beijing menuntut hampir keseluruhan laut kaya sumber itu walaupun terdapat tuntutan saingan daripada negara jirannya di Asia Tenggara dan telah dengan pesat membina terumbu menjadi pulau buatan yang boleh menampung pesawat tentera.



Pulau-pulau buatan itu dianggap sebagai zon berpotensi mencetus sengketa dan komen terkini oleh jurucakap Rumah Putih, Encik Sean Spicer, dan Setiausaha Negara Rex Tillerson telah menambahkan bahang.



Bagaimanapun, Menteri Luar China, Encik Wang Yi, berkata dalam lawatan ke Australia bahawa perang tidak berfaedah bagi sesiapa pun.



"Bagi sembarang ahli politik berfikiran waras, mereka dengan jelas menyedari bahawa tidak boleh ada konflik antara China dan Amerika Syarikat," katanya di Canberra melalui penterjemah pada lewat Selasa (7 Feb), lapor Perbadanan Penyiaran Australia.



"Kedua-dua pihak akan kerugian dan kedua-dua pihak tidak mampu menghadapinya."



Encik Spicer berkata bulan lalu Amerika "akan memastikan kita melindungi kepentingan kita" di Laut China Selatan, manakala Encik Tillerson berkata akses China ke pulau-pulau itu mungkin disekat.



Ini meningkatkan prospek konfrontasi ketenteraan.



Selepas perbincangan dialog strategik dengan Encik Wang, Menteri Luar Australia, Cik Julie Bishop, berkata pada Rabu (8 Feb) bahawa Beijing berminat mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah Encik Trump.



"Beijing pasti mengalu-alukan pelibatan mendalam dengan Amerika Syarikat," katanya kepada Sky News.



"Mereka tidak sabar menanti era kerjasama, mereka melihat peluang dalam pentadbiran baru untuk mendalamkan hubungan dan seperti yang beliau (Encik Wang) kata, Amerika Syarikat dan China akan kehilangan banyak jika berlaku konflik antara mereka.



"Tanggapan saya ialah China tidak sabar untuk mengambil bahagian secara positif dengan Amerika Syarikat," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >