Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT

Clinton dijangka teruskan perjuangan Obama di Asia

Penganalisis jangka kemenangan bagi mantan Wanita Pertama tetapi persoal komitmen perjuang legasi agar AS terus berpengaruh di rantau ini
Nov 07, 2016 | 05:30 AM



BELIAU bukan muka baru bagi pemimpin Singapura kerana setelah menjadi Wanita Pertama Amerika Syarikat dari 1993 hingga 2001.



Cik Hillary Clinton turut menyandang beberapa lagi jawatan politik yang penting di negara itu.



Cik Clinton, 69 tahun, merupakan Senator Amerika antara 2001 dengan 2009 dan kemudian berkhidmat sebagai Setiausaha Negara dari 2009 hingga 2013.



Sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara di bawah Pentadbiran Encik Barack Obama, calon Demokrat itu telah berkunjung ke 112 negara - lebih banyak berbanding Setiausaha Negara Amerika lain sebelum ini - termasuk beberapa negara Asia.



Malah, semasa kunjungannya ke Singapura pada 2012, beliau juga mengadakan rundingan dengan pemimpin negara ini serta bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa termasuk usaha mengeratkan lagi kerjasama Amerika-Asean.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang bertemu dengannya dalam lawatan itu turut merakamkan penghargaan atas peranan penting beliau untuk memastikan kehadiran berterusan dan meluas Amerika di rantau ini serta komitmen berterusan Pentadbiran Encik Obama untuk mendekati rantau ini.



Sementara penganalisis menjangkakan bahawa kemenangan Cik Clinton adalah sesuatu yang dijangkakan dan beliau bakal meneruskan legasi Encik Obama, mereka mempersoalkan sejauh mana komitmennya untuk memperjuangkan legasi tersebut agar Amerika kekal berpengaruh di Asia.



Menurut Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, Singapura mengharapkan kehadiran Amerika di rantau ini atas sebab strategik untuk mengimbangi kebangkitan China.



"Mentelah, negara jiran seperti Malaysia dan Filipina kian dekat dengan China. Ini boleh melemahkan Asean.



"Namun, masih belum jelas sejauh mana Clinton akan meneruskan perjuangan Obama untuk kekal berpengaruh di rantau Asia," ujarnya.



Bagaimanapun, Zamil Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Mustafa Izzuddin, berpendapat bahawa dasar yang diperjuangkan Encik Obama bagi kehadiran Amerika di rantau ini lebih berkemungkinan berterusan dengan Cik Clinton sebagai Presiden.



Ini memandangkan beliau kerap berkunjung ke Asia Tenggara termasuk Singapura sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Negara.



Sementara kempen pilihan raya pesaing Cik Clinton iaitu calon Parti Republikan, Encik Donald Trump, dibelenggu skandal demi skandal - antara lain dakwaan salah laku seksual dan mengelak cukai - kempen Cik Clinton pula dicemari oleh kejadian pada masa lalu.



Ditambah pula dengan skandal e-mel yang membabitkan dirinya - Cik Clinton menggunakan server e-mel peribadi bagi urusan pemerintah semasa berkhidmat sebagai Setiausaha Negara - isu kepercayaan dijangka menjadi antara faktor yang akan dipertimbangkan pengundi, dengan detik penentuan Presiden Amerika akan datang semakin hampir.



Ini lebih-lebih lagi dengan Biro Siasatan Federal (FBI) yang baru-baru ini memutuskan membuka semula siasatan selepas isu e-mel itu 'tenggelam' bagi tempoh yang agak lama.



"Kedua-dua kempen (Clinton dan Trump) tidak menyerapkan kepercayaan dan keyakinan... dan jawatan Presiden yang baru ini akan bermula dengan kekurangan kepercayaan dan keyakinan, bukan sahaja dalam kalangan warga Amerika, malah dalam kalangan dunia," kata pakar undang-undang Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Madya Eugene Tan.



Bagi Dr Mustafa, kempen kedua-dua calon presiden penuh dengan "hiburan berkisar personaliti" dan tidak banyak perbincangan mengenai dasar.



"Kedua-dua kempen terpaksa 'melawan api' akibat menghadapi skandal yang tentunya akan menjejas cara warga Amerika mengundi," katanya.



Cik Clinton, yang mencipta sejarah sebagai wanita pertama di Amerika yang dicalonkan bagi jawatan presiden itu, mendapat sokongan anggota Demokrat yang berpengaruh, termasuk Presiden Obama sendiri.



Keputusan warga Amerika mungkin mencipta sejarah sekiranya Cik Clinton menjadi pilihan mereka kerana ini bermakna beliau akan menjadi presiden wanita pertama negara itu.



Namun walau siapa pun calon yang menang, apa yang pasti ialah ketidaktentuan selepas ini.



Adakah beliau bakal mengotakan janji yang dibuat sepanjang berkempen atau adakah ia kata-kata kosong dan cakap besar belaka?




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >