Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Clinton jadi calon andaian Demokrat bagi presiden Amerika

Jun 07, 2016 | 12:13 PM



WASHINGTON: Cik Hillary Clinton telah mencapai jumlah perwakilan yang diperlukan untuk memenangi pencalonan presiden Amerika Syarikat parti Demokrat, lapor agensi berita AP pada Isnin (6 Jun).



Ini meletak beliau di landasan bagi menjadi wanita pertama menjadi calon presiden Amerika.



Bagaimanapun, saingan beliau, Encik Bernie Sanders, berikrar akan meneruskan perjuangannya, dan berkata adalah salah untuk mengira undi 'perwakilan hebat' sebelum mereka membuang undi di Konvensyen Nasional Demokrat pada Julai.



Cik Clinton, seorang mantan setiausaha negara, mencapai 2,383 perwakilan yang diperlukan untuk menjadi calon Demokrat andaian hasil kemenangan penentu hujung minggu lalu di Puerto Rico dan sokongan minit akhir daripada perwakilan hebat, lapor AP.



Perwakilan hebat ialah tokoh parti itu yang tidak terikat pada sembarang calon atau keputusan undi dalam pemilihan awal dan tidak membuang undi secara rasmi sehingga konvensyen tersebut.



Cik Clinton telah mendapatkan janji 1,812 perwakilan yang dimenanginya semasa pemilihan awal dan kaukus. Beliau juga mendapat sokongan daripada 571 perwakilan hebat, menurut kiraan AP.



Beliau akan menjadi wanita pertama dicalonkan sebagai presiden oleh sebuah parti politik utama Amerika.



Parti Demokrat akan mengadakan konvensyennya di Philadelphia pada Julai untuk secara rasmi memilih calonnya bagi pilihan raya pada 8 Nov, menentang calon andaian parti Republikan, Encik Donald Trump. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >