Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Clinton, Trump raih kemenangan pertama 'Super Tuesday'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Clinton, Trump raih kemenangan pertama 'Super Tuesday'

Mar 02, 2016 | 11:31 AM

WASHINGTON: Cik Hillary Clinton daripada Parti Demokrat dan Encik Donald Trump dari Republikan meraih kemenangan pertama mereka dalam pertandingan penting Super Tuesday, menurut unuran rangkaian Amerika Syarikat, sedang kedua-duanya kian terpilih menjadi calon dalam pilihan raya presiden.

Cik Clinton, bekas setiausaha negara, diunjur menang di Texas, Georgia, Virginia, Alabama, Tennessee, Arkansas dan Samoa.

Encik Trump pula diunjurkan memenangi Georgia, Virginia, Massachusetts, Alabama dan Tennessee.

Saingan beliau daripada Republikan, Encik Ted Cruz, memenangi Texas, talian hayat bagi kempen beliau. Senator dari Texas itu memerlukan kemenangan ke atas Encik Trump untuk menghidupkan impiannya memasuki Rumah Putih.

Super Selasa hari paling penting dalam musim pemilihan calon presiden setakat ini, dengan Cik Clinton dan Encik Trump berharap menghapuskan semua pesaing bagi mendapat pencalonan daripada parti masing-masing.

Pada Super Tuesday, pengundi 11 negeri, termasuk Texas dan kebanyakan kawasan Selatan, keluar mengundi.

Pesaing utama Encik Trump, Senator Marco Rubio dan Senator Ted Cruz, berusaha giat untuk menghentikan kemaraan jutawan hartanah itu tetapi ia mungkin terlambat kerana tinjauan menunjukkan dalam kalangan pemimpin Republikan, Encik Trump, 69 tahun, jelas di depan di seluruh negara.

Satu tinjauan baru CNN/ORC mendapati Cik Clinton dan pesaingan daripada Demokrat, Encik Bernie Sanders, dengan mudah akan mengalahkan Encik Trump jika pilihan raya umum - ditetapkan pada 8 Nov - diadakan sekarang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3