Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CNN: Pesawat Russia yang terhempas di Mesir diletupkan oleh bom ISIS

Nov 05, 2015 | 01:40 PM



WASHINGTON: Jet Russia yang terhempas di Mesir kemungkinan besar diletupkan oleh bom yang diletak Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) atau salah satu kerabatnya, lapor CNN pada Rabu (Nov 4), dengan memetik seorang pegawai Amerika Syarikat yang tidak dinamakan.


Stesen televisyen itu berkata pagawai yang tahu hal tersebut memetik perisikan terkini Amerika, tetapi berkata masyarakat perisikan negara itu belum mencapai kesimpulan rasmi mengenai punca kemalangan tersebut, yang mengorbankan semua 224 penumpang dan kru.


"Terdapat satu perasaan yang pasti bahawa ia bahan letupan yang diletak di dalam bagasi atau di suatu tempat di dalam pesawat itu," CNN menukil pegawai tersebut.


Sementara itu, seorang pegawai memberitahu AFP: "Bom adalah satu senario yang sangat mungkin."


"Ia sesuatu yang ISIL mahu lakukan," katanya, dengan menggunakan singkatan alternatif bagi ISIS.


Bagaimanapun, beliau memberi amaran: "Saya tidak mengatakan ia adalah satu kenyataan yang pasti tentang apa yang berlaku." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >