COLOMBO: Perintah berkurung siang hari dilonggarkan semalam di sebuah daerah Sri Lanka, Kandy, tempat tiga orang terbunuh dalam rusuhan anti-Muslim, tetapi sekolah tetap ditutup dan pasukan keselamatan mengawasi jalan raya.
Lebih 200 rumah, perniagaan dan kenderaan dibakar sepanjang keganasan tiga hari yang dicetuskan oleh kematian seorang lelaki daripada kaum majoriti Sinhalese, kebanyakannya penganut Buddha, di tangan sekumpulan Muslim minggu lepas.