Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Covid-19: 668 kes baru di Korea S - tertinggi sejak 8 Jan

Hadapi risiko gelombang keempat jangkitan, lonjakan kes kelompok tadika, sauna, bar dan gereja
Apr 08, 2021 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Selatan kelmarin melaporkan 668 kes baru Covid-19 - jumlah harian tertinggi sejak 8 Januari, di tengah-tengah peningkatan jangkitan kelompok, kata Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).



Kes baru itu menjadikan jangkitan Covid-19 di seluruh negara itu berjumlah 106,898, serta 1,756 kematian, dengan lonjakan terbaru berpusat di sekitar kelompok tadika, sauna, bar dan gereja.



Lebih 63 peratus kes baru ditemui di ibu kota Seoul dan wilayah berdekatannya, termasuk Gyeonggi, menurut data KDCA.



Pihak berkuasa mengatakan mereka akan memperluas usaha pengujian untuk mengesan penularan ke seluruh negara melalui tinjauan epidemiologi dan ujian pencegahan.



"Sekiranya gelombang jangkitan keempat menjadi kenyataan, gangguan terhadap vaksinasi tidak dapat dielak, dan ia juga memberi tamparan besar kepada ekonomi kita," kata Perdana Menteri Chung Sye-kyun dalam satu pertemuan pemerintah semalam.



"Pemerintah sedang memaksimumkan usaha mencegah gelombang keempat dengan mengerahkan apa cara yang mungkin," katanya.



Pegawai kesihatan meminta orang ramai mengelak melakukan perhimpunan tidak penting dan merekod lawatan ke tempat sesak, seperti restoran, kafe dan bar karaoke, untuk memudahkan kerja epidemiologi sekiranya berlaku penularan.



Korea Selatan dilengkapi dengan sumber perubatan dan tempat katil hospital yang mencukupi untuk menampung hingga 1,000 kes setiap hari dalam tempoh 20 hari, kata seorang pegawai kanan kementerian kesihatan, Encik Yoon Tae-ho, dalam satu taklimat.



"Namun jika meletus gelombang keempat, ada kemungkinan jumlah pesakit akan meningkat, jadi kami akan terus mendapatkan lebih banyak ruang katil dan mengambil langkah di peringkat wilayah," katanya.



Pihak berkuasa kesihatan berkata mereka akan mengumumkan peraturan baru berkaitan jarak sosial esok setelah berbincang dengan pakar dan pemerintah tempatan.



Negara itu sejauh ini telah memberi lebih satu juta dos vaksin Covid-19 dalam kalangan pekerja perubatan dan kumpulan berisiko tinggi sejak permulaan inokulasi pada Februari lalu.



Namun pihak berkuasa menghadapi respons kerana terlalu bergantung pada program perkongsian vaksin global Covax, yang mengalami masalah kelewatan bekalan.



Sementara itu, Korea Selatan sedang menimbangkan semua pilihan untuk mendapatkan bekalan vaksin koronavirus yang cukup, kata seorang pegawai tinggi vaksin kelmarin sebagai reaksi kepada pertanyaan mengenai kemungkinan pengurangan eksport vaksin buatan tempatan.



Kenyataan itu dibuat selepas pihak berkuasa menghadapi reaksi kerana terlalu bergantung pada program Covax bagi sebahagian besar suntikan Covid-19 di negara itu.



Pengumuman minggu lalu bahawa Korea Selatan akan menerima hanya 432,000 dos dan bukan 690,000, dan penghantaran itu akan ditangguh hingga sekitar minggu ketiga bulan ini, adalah kali kedua program vaksin negara itu dilanda kelewatan bekalan di bawah program Covax. - Reuters.




"Sekiranya gelombang jangkitan keempat menjadi kenyataan, gangguan terhadap vaksinasi tidak dapat dielak, dan ia juga memberi tamparan besar kepada ekonomi kita. Pemerintah sedang memaksimumkan usaha mencegah gelombang keempat dengan mengerahkan apa cara yang mungkin."
- Perdana Menteri Korea Selatan, Encik Chung Sye-kyun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >