Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Acara tabligh di Indonesia ditunda

Mar 19, 2020 | 10:00 AM
BASMI KUMAN: Seorang pegawai yang memakai sut perlindungan menyembur bahan basmi kuman di sebuah masjid di Makassar, Indonesia pada 16 Mac 2020.
BASMI KUMAN: Seorang pegawai yang memakai sut perlindungan menyembur bahan basmi kuman di sebuah masjid di Makassar, Indonesia pada 16 Mac 2020. - - Foto REUTERS

JAKARTA: Sebuah acara tabligh yang telah menghimpun ribuan orang ke wilayah Selatan Sulawesi telah ditangguhkan di tengah-tengah kebimbangan ia boleh menyebarkan koronavirus baru, kata seorang pegawai tempatan.

Pihak berkuasa telah cuba menggesa pihak penganjur untuk menghentikan acara di Gowa dekat bandar Makassar itu selepas kejadian serupa di Malaysia dikaitkan dengan ratusan jangkitan.

Kedua-dua perhimpunan di Indonesia dan Malaysia itu dianjurkan oleh anggota Tablighi Jama'at, gerakan Islam yang giat berdakwah.

Ketua kabupaten Gowa, Adnan Purichta Ichsan, pada malam Rabu berkata di media sosial bahawa penganjur "akhirnya setuju" untuk menunda acara itu.

Tambahnya, jemaah yang sudah berkumpul di negara itu akan diasingkan, dan rancangan dibuat bagi mereka untuk meninggalkan Gowa. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg