Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Covid-19: Australia kekal rancangan buka semula sempadan pada pertengahan 2022

May 17, 2021 | 12:20 AM

MELBOURNE: Ahli politik dan Bendahari Australia, Encik Josh Frydenberg pada Ahad (16 Mei) berkata negara itu akan kekalkan rancangan membuka semula sempadan Australia hanya pada pertengahan tahun depan (2022) sedang tekanan wujud pada parti konservatif yang memerintah agar menghentikan penutupan sempadan antarabangsa. 

"Kami akan mengikut nasihat pakar perubatan yang telah membantu kami sepanjang krisis ini," jelas Encik Frydenberg dalam satu wawancara televisyen bersama Perbadanan Penyiaran Australia.

Australia menutup sempadannya pada golongan bukan warga negara dan bukan penduduk pada Mac 2020 dan hanya membenarkan kedatangan antarabangsa yang terbatas dalam masa beberapa bulan ini, khususnya dalam kalangan warga negara yang pulang dari luar negara.

Penutupan sempadan itu, digabungkan dengan perintah berkurung spontan, proses jejak kontak yang tangkas dan akur pada ketetapan kesihatan awam telah menjadikan langkah kawalan pandemik Covid-19 Australia antara yang paling berkesan di dunia.

Secara keseluruhannya, jumlah jangkitan di negara ini ialah sekitar 29,700 kes dengan 910 kematian.

Rancangan pihak berkuasa Australia bagi membuka semula sempadan negara itu yang didedahkan pada minggu ini menimbulkan kritikan daripada golongan peniaga dan sektor perindustrian serta ahli politik dalam kalangan Parti Liberal Perdana Menteri Scott Morrison.

"Seperti banyak langkah, penutupan sempadan antarabangsa mempunyai tempat sementara sahaja tetapi ia tidak boleh diteruskan dan akan menjadikan kita seperti si pertapa yang mengasingkan dirinya," kata Anggota Parlimen Melbourne, Encik Tim Wilson daripada Parti Liberal. - Reuters

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3