Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Covid-19: Britain negara pertama agih vaksin Oxford-AstraZeneca

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Covid-19: Britain negara pertama agih vaksin Oxford-AstraZeneca

Jan 05, 2021 | 05:30 AM

LONDON: Britain akan menjadi negara pertama mengedarkan vaksin Covid-19 Universiti Oxford dan AstraZeneca - Oxford-AstraZeneca - yang berharga murah dan mudah diagih, sebagai satu langkah ke depan dalam respons menangani pandemik itu.

Enam hospital di England akan melaksana vaksinasi 530,000 dos vaksin itu yang terdapat di Britain. Program ini akan diluaskan ke ratusan tapak lain di negara itu pada hari-hari mendatang, dan kerajaan berharap ia dapat mengirimkan puluhan juta dos dalam beberapa bulan.

"Ini adalah masa genting dalam usaha kami menangani virus ini dan saya berharap ia dapat memperbaharui harapan semua orang dalam mengakhiri pandemik ini," kata Menteri Kesihatan Britain, Encik Matt Hancock.

Vaksin Oxford-AstraZeneca bukan murah sahaja, malah boleh disimpan dalam peti sejuk biasa, yang memudahkan pergerakan kargo dan penggunaannya. India meluluskan vaksin itu bagi penggunaan kecemasan kelmarin.

Britain juga dilaporkan akan membenarkan orang ramai diberi suntikan vaksin Covid-19 daripada pengeluar berbeza atau mencampurkan dos, jika keadaan terdesak walaupun belum ada bukti keberkesanannya. Bagaimanapun, ia hanya akan diberi dalam beberapa keadaan tertentu, iaitu sekiranya vaksin sesebuah pengeluar itu kehabisan stok.

Ketua Imunisasi Kesihatan Awam Britain, Cik Mary Ramsay, berkata, situasi itu hanya akan dibuat sekiranya benar-benar perlu, sementara pakar juga tidak mengesyorkan campuran vaksin itu.

"Seboleh mungkin mereka hanya diberi vaksin sama, tetapi jika ini tidak boleh dilakukan, lebih baik diberi dos kedua daripada vaksin tidak sama daripada tidak diberi vaksin kedua langsung," katanya.

Kerajaan Britain menetapkan sekurang--kurangnya dua dos vaksin diberi kepada setiap pesakit dalam selang beberapa minggu. Namun, belum ada penemuan bukti mengatakan dua jenis vaksin dari pengeluar berbeza boleh dicampurkan.

Britain mencatat peningkatan kes Covid-19 mendadak sejak kebelakangan ini, menyaksikan wad hospital dipenuhi pesakit hingga memaksa kerajaan mengetatkan kawalan pergerakan.

Lebih 74,000 penduduk negara ini maut akibat virus itu, merekodkan kematian kedua tertinggi di Eropah. Kebanyakan hospital di Britain berada pada tahap kritikal untuk memberi perkhidmatan kepada pesakit.

Bulan lalu, kerajaan negara itu bersetuju melulusan penggunaan bagi kecemasan dua jenis vaksin - Pfizer/BioNTech dan AstraZeneca University Oxford. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3