Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: China akan jadikan vaksin 'barang awam global' jika berjaya

Jun 7, 2020 | 2:51 PM
Ilustrasi vaksin Covid-19.
Ilustrasi vaksin Covid-19. - Reuters

China akan meningkatkan kerjasama antarabangsa jika ia berjaya membangunkan vaksin koronavirus, kata menteri teknologi dan sains pada Ahd (7 Jun).

China akan menjadikan vaksin 'barang awam global' apabila ia siap, menurut menteri, Encik Wang Zhigang dalam satu sidang media di Beijing.

Di sidang media yang sama, Timbalan Menteri Luar Negara, Ma Zhaoxu berkata China akan terus mengusahakan aturan kemasukan sempadan 'laluan cepat' dengan negara lain.

China telah memenuhi tanggungjawabnya sebagai sebuah negara besar menerusi pengiriman barangan untuk menangani epidemik koronavirus kepada negara lain, tambah Encik Ma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg