Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: China bubar kuarantin bagi ketibaan dari luar negara

Dec 28, 2022 | 05:30 AM



BEIJING: Penduduk di China menyambut dengan penuh gembira dan bergegas membuat tempahan penerbangan ke luar negara semalam, apabila Beijing memaklumkan akan menghentikan perintah kuarantin wajib, bagi ketibaan dari luar negara, sekali gus menamatkan hampir tiga tahun langkah pengasingan yang diambilnya sendiri.



Dengan langkah mengejutkan yang diambil lewat kelmarin itu, China berkata mulai 8 Januari ini, mereka yang masuk ke China tidak perlu lagi menjalani kuarantin setibanya di negara itu.



Langkah itu adalah lanjutan kepada kelonggaran kawalan Covid-19 yang ketat, yang menjejas teruk ekonomi negara itu dan mencetuskan bantahan di seluruh negara.



Kes-kes jangkitan yang melonjak di seluruh negara yang memaksa pemerintah mengenakan langkah-langkah ketat, kini sudah mula reda dan pihak berkuasa akui bahawa wabak ini "mustahil" untuk dijejaki.



Justeru itu ia menghentikan langkah-langkah pengawalan yang ketat dengan memberikan angka rasmi kes yang lebih memadai.



Beijing juga mengecilkan kriteria bagi menentukan kematian akibat Covid-19 minggu lalu, satu langkah yang menurut para pakar boleh mengurangkan catatan angka kematian yang dikaitkan dengan virus itu.



Namun, para pengguna media sosial China menyambutnya dengan gembira kerana berakhirnya sekatan yang menjadikan negara itu tertutup dari dunia luar sejak Mac 2020.



Salah satu ulasan yang dibuat berbunyi: "Berakhir sudah... musim bunga akan tiba."



"Bersiap-siap untuk perjalanan ke luar negara," tulis seorang lagi pengguna Twitter.



Orang yang ketiga pula menulis:



"Saya berharap harga tiket bagi perjalanan ulang-alik tidak dinaikkan lagi."



Pencarian melalui online bagi penerbangan ke luar negara meningkat berikutan berita kelonggaran itu, lapor media rasmi, dengan platform wisata Tongcheng mendapati pencarian di platformnya meningkat 850 peratus, dan pertanyaan bagi permohonan visa pula meningkat 10 kali ganda.



Platform saingannya, Kumpulan Trip.com, berkata jumlah pencarian bagi destinasi popular di luar negara, meningkat 10 kali ganda dalam masa setengah jam saja selepas pengumuman itu dibuat.



Orang ramai amat berminat untuk melakukan kunjungan ke Macau, Hong Kong, Jepun, Thailand dan Korea Selatan.



Para penduduk Hong Kong juga membanjiri Internet untuk mencari penerbangan ke bandar-bandar utama di China.



Pencarian untuk perjalanan ke luar Hong Kong ke tanah besar China melalui Trip.com dan Ctrip, melonjak 521 peratus lewat kelmarin, berbanding pada 19 Disember.



Destinasi paling popular yang dicari adalah Hangzhou, Chengdu dan Nanjing, masing-masing meningkat 662 peratus, 399 peratus dan 411 peratus.



Penerbangan termasuk British Airways, United Airlines Holdings dan Qantas Airways menghentikan penerbangan mereka ke China semasa pandemik dan "akan mengambil sedikit masa untuk mengatur semula jadual penerbangan mereka," kata seorang pengulas industri penerbangan, Encik Mike Arnot.



Syarikat-syarikat penerbangan yang menyambung semula perkhidmatan mereka ke Hong Kong akan meraih keuntungan kerana menerima banyak tempahan ke hab utama yang menghubungkan mereka dengan China. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >