Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: China rekod tiada jangkitan baru buat pertama kali sejak Januari

May 23, 2020 | 4:01 PM
TIDAK MAMPU LEKA: Walaupun China melaporkan tiada jangkitan baru kes koronavirus buat julung-julung kalinya sejak Januari lalu, Perdana Menteri Li Keqiang menegaskan mereka masih menghadapi cabaran besar.
TIDAK MAMPU LEKA: Walaupun China melaporkan tiada jangkitan baru kes koronavirus buat julung-julung kalinya sejak Januari lalu, Perdana Menteri Li Keqiang menegaskan mereka masih menghadapi cabaran besar. - - Foto Reuters

BEIJING: China hari ini (23 Mei) melaporkan tiada jangkitan baru koronavirus buat julung-julung kalinya sejak ia mula melaporkan data pada Januari lalu, sehari selepas pemimpin Parti Komunis meraikan "pencapaian besar" dalam memerangi virus itu.

Wabak itu pertama kali dikesan bandar Wuhan tahun lalu, tetapi kes-kes jangkitan telah merosot secara mendadak.

Angka kematian rasmi yang dicatatkan di negara yang mempunyai bilangan penduduk seramai 1.4 bilion orang kekal pada 4,634 orang - jauh lebih kurang berbanding negara-negara yang lebih kecil.

Pencapaian itu datang sehari selepas pembukaan semula Kongres Rakyat Nasional, di mana Perdana Menteri Li Keqiang berkata negara itu telah "membuat pencapaian strategik utama dalam tindak balas terhadap Covid-19."

Bagaimanapun Encik Li memberi amaran bahawa negara itu masih menghadapi cabaran "besar".

Pihak berkuasa di Wuhan menerima kritikan selepas menahan dan mendakwa doktor yang merupakan antara terawal memberi amaran mengenai ancaman coronavirus baharu pada akhir tahun lalu.

Selain itu, perubahan berulang pada metodologi penghitungan menimbulkan keraguan lanjut terhadap data rasmi China.

Beijing dengan tegas membantah tuduhan mereka telah menyelindungi data rasmi, dengan menegaskan ia selalu berkongsi maklumat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan negara-negara lain tepat waktunya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg