Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di Australia: Varian Delta merebak ke beberapa negeri baru

Oct 03, 2021 | 02:21 PM



MELBOURNE: Australia melaporkan lebih 1,900 jangkitan baru varian Delta pada Ahad (3 Oktober), jelas satu data kesihatan.



Pihak berkuasa negara ini juga bertarung dengan kewajipan memulihkan pandemik di dua negerinya yang mempunyai ramai penduduk dengan kes jangkitan mula menular ke negeri baru.



Victoria dan New South Wales yang berada dalam perintah berkurung selama berminggu lamanya melaporkan 1,887 kes baru dan 13 kematian.



Tasmania yang sudah 58 hari tidak mempunyai kes baru pula melaporkan satu jangkitan dalam kalangan masyarakat lewat Sabtu. Terdapat beberapa kes baru disahkan di negeri Australia Selatan ini dalam hujung minggu ini.



Queensland pula didapati bebas daripada Covid-19 dan melaporkan tiada jangkitan baru, membolehkan peringkat akhir Liga Ragbi Nasional dikendalikan di Brisbane pada malam Ahad dengan jumlah penonton dikurangkan pada kapasiti 75 peratus atau sekitar 39,000 orang.



Victoria dan New South Wales dijangka dibuka semula sejurus 80 peratus kadar vaksinasi dicapai tetapi pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa jumlah kes dijangka bertambah dengan pihak hospital merasakan tekanannya apabila Australia mula menyesuaikan diri hidup bersama Covid-19.



New South Wales menjangkakan akan mencapai sasarannya menjelang penghujung Oktober atau awal November, dengan Victoria menyusul beberapa minggu selepas itu.



"Ia adalah tempoh paling sukar dan mencabar buat jururawat, pekerja ambulans dan doktor kami," kata Ketua Menteri Victoria, Encik Daniel Andrews, pada Ahad.



Australia bercadang untuk secara beransur-ansur menggugurkan kekangan kembara antarabangsa mulai bulan depan bagi beberapa negeri dengan 80 peratus penduduk berusia 16 tahun ke atas sudah lengkap divaksin.



Sehingga Sabtu, 56 peratus warga Australia telah lengkap divaksin manakala 80 peratus penduduk pula sudah menerima satu suntikan vaksin.



Australia menutup sempadan antarabangsanya pada Mac 2020, membolehkan jumlah pengunjung yang terbatas untuk meninggalkan negara atau warga negara dan penduduk tetap dari luar negara kembali ke Australia.



Semua penumpang yang tiba di Australia pula tertakluk pada tempoh kuarantin wajib selama 14 hari di hotel yang dibiaya sendiri.



Di sebalik kes baru dijangka mencecah rekod paras jumlah harian yang tinggi dalam beberapa bulan mendatang, Australia dianggap sebagai negara maju yang tidak menghadapi masalah jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang terlalu tinggi sepertimana negara maju lain. Ia melaporkan lebih 110,000 kes jangkitan secara keseluruhannya sejak pandemik bermula tahun lalu dan 1,334 kes kematian secara menyeluruh. - Reuters



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >