Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di Indonesia: Ambil masa 14 jam bagi bawa pulang jenazah sedang jumlah kes bertambah

Jun 24, 2021 | 12:53 AM



JAKARTA: HAMPIR 14 jam lamanya diambil bagi membawa pulang jenazah mangsa Covid-19 di Jakarta minggu ini, jelas polis, sedang ibu kota Indonesia itu menanggung beban bertambahnya kes koronavirus dan kematian yang berpunca daripadanya.



Polis di kawasan pelabuhan Tanjung Priok berkata pada Isnin (21 Jun) ia menjawab panggilan tentang jenazah Covid-19 yang dibalut dengan kain kapan terbiar di muka pintu sebuah rumah di Jakarta Utara.



Tidak diberi kuasa mengendalikan mangsa Covid-19, beberapa pegawai polis ini menghubungi pasukan bertindak setempat tetapi diberitahu mereka perlu menanti lama.



"Jenazah ini adalah yang kelapan menanti dibantu kerana pasukan bertindak Covid-19 di Jakarta menguruskan mangsa lain," kata ketua polis Tanjung Priok, Ghulam Pasaribu.



Jenazah itu, katanya, hanya dibawa pulang pada 1.30 pagi pada Selasa, lebih 13 jam selepas itu.



Ia merupakan satu daripada 143 pengkebumian jenazah di Jakarta pada hari itu, terbanyak sejak pandemik bermula, jelas Encik Ivan Nurcahyo dari jabatan taman Jakarta, yang mengendalikan tanah perkuburan dan ehwal pengkebumian.



Pada masa yang sama, di satu lagi bahagian kota, seorang nenek 69 tahun yang diuji positif Covid-19 perlu menaiki pengangkutan awam ke hospital selepas keluarganya gagal mendapatkan ambulans, lapor stesen televisyen MetroTV.



Kisah-kisah sebegini 'membuka jendela' pada tekanan pandemik Covid-19 terhadap sistem jagaan kesihatan yang rapuh sedang bilangan kes dan kematian meningkat.



Indonesia melaporkan 14,536 kes koronavirus pada Isnin, tambahan kes harian paling tinggi sejak pandemik ini bermula.



Negara ini mengenal pasti 2,018,113 kes dan 55,291 kematian Covid-19, yang tertinggi di rantau ini walaupun angka sebenar kemungkinan jauh lebih tinggi. 



Pakar kesihatan awam mengaitkan tambahan kes Covid-19 di Indonesia ini pada pergerakan penduduk sewaktu cuti Hari Raya Aidilfitri lalu dan penularan varian Delta yang lebih berbahaya dan mudah menjangkiti.



Lebih 100 kes varian Delta dikenal pasti merentasi gugusan pulau-pulau dengan penularan wabak yang mengganas di Jawa menyebabkan tampungan hospital melepasi 90 peratus di beberapa daerah.



Walaupun menerima suntikan vaksinasi penuh, sekurang-kurangnya 10 doktor meninggal daripada penyakit ini, kata Persatuan Perubatan Indonesia, sedang ratusan yang lain diuji positif Covid-19.



Di Jakarta, jumlah kes juga meningkat. Pada 22 Mei, Jakarta melaporkan 923 kes baru tetapi angkanya bertambah tiga kali ganda kepada 3,221 kes pada 22 Jun, menurut data rasmi.



Katil di unit jagaan rapi di 140 hospital rujukan Covid-19 di Jakarta berada pada tahap 81 peratus penuh pada 20 Jun dengan bilik pengasingan berada pada tampungan 90 peratus, kata Dr Sulung Mulia Putra dari agensi kesihatan Jakarta.



"Kita masih perlu berdepan dengan ujian sukar kerana sejak beberapa hari lalu, pandemik Covid-19 sekali lagi mengganas," kata Presiden Joko Widodo pada Rabu.



"Penyakit ini tidak mendiskriminasikan sesiapa," katanya lagi. - Reuters



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >