SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19 di M'sia: 6,437 kes dilaporkan, tambahan 1,000 kes berbanding hari sebelumnya

Covid-19 di M'sia: 6,437 kes dilaporkan, tambahan 1,000 kes berbanding hari sebelumnya

Jun 29, 2021 | 6:43 PM

Covid-19 di M'sia: 6,437 kes dilaporkan, tambahan 1,000 kes berbanding hari sebelumnya

Foto EPA-EFE/AHMAD YUSNI
Foto EPA-EFE/AHMAD YUSNI -

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 6,437 kes positif Covid-19 baru dilaporkan pada Selasa (29 Jun) sepanjang 24 jam lalu.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 745,703 kes.

Ia adalah peningkatan lebih 1,000 kes baru berbanding jumlah dilaporkan pada Isnin (28 Jun).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,299 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,361 kes dan Negeri Sembilan dengan 700 kes.

Negeri Kedah pula mencatatkan 284 kes diikuti Johor 271 kes harian.

Manakala negeri-negeri lain seperti Sarawak mencatat (242), Melaka (252), Pahang (250), Perak (184), Sabah (178), Kelantan (131) dan Wilayah Persekutuan Labuan (117) kes.

Negeri Pulau Pinang pula mencatatkan 115 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (32), Terengganu (21) dan Perlis tiada kes harian.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan kes kematian baharu sebanyak 107 kes menjadikan jumlah kumulatif kini adalah 5,108 kes.

Berdasarkan jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 14 kes import menerima jangkitan dari luar negara.

Manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 62,888 kes.

Setakat ini, jumlah kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 905 kes dan daripada jumlah itu, 455 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes sembuh ketika ini adalah sebanyak 677,751 kes berikutan pertambahan kes sembuh sebanyak 5,298 kes pada Selasa. - Astro Awani

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg