Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di M'sia: Bertarung dengan rekod harian tertinggi sebanyak 8,290 kes

May 28, 2021 | 05:28 PM



KUALA LUMPUR: Perkembangan wabak Covid-19 di Malaysia terus memperlihatkan angka tinggi direkodkan dengan 8,290 jangkitan baru dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat (28 Mei).



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam pesanan Twitter  turut memaklumkan, Selangor terus kekal sebagai negeri dengan jumlah kes tertinggi sebanyak 2,052 kes baru.



Menurut beliau, negeri-negeri lain dengan kes tertinggi ialah Kelantan (851 kes), Kuala Lumpur (830 kes), Johor (762 kes) dan Sarawak (698 kes).



Dalam pos Facebook pada Jumaat juga, Dr Noor Hisham, memuatnaikkan beberapa foto pekerja kesihatan di hospital kerajaan yang nampak lelah menentang Covid-19.



"Gambar-gambar ini merakam seribu kata-kata," jelas Dr Noor Hisham lagi.



Tekanan bagi Malaysia mempercepatkan program vaksinasi mereka begitu terasa sedang negara ini menangani gelombang ketiga jangkitan koronavirus.



Ia telah memberi lebih 2.7 juta dos suntikan sejauh ini dengan 5.3 peratus daripada penduduknya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.



Lebih 100,000 suntikan vaksin Covid-19 pula ditadbir serata negara pada Rabu, yang tertinggi dalam tempoh sehari sejauh ini. - Astro Awani, Reuters, The Star, Asia News Network 



 



 



 




 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >