Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di M'sia: Jumlah kes baru meningkat, cecah 20,988 kes kini

Sep 02, 2021 | 04:53 PM



KUALA LUMPUR: Sebanyak 20,988 kes Covid-19 baru dilaporkan pada Khamis (2 September), menampakkan peningkatan berbanding 18,762 kes pada Rabu.



Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara ini sebanyak 1,786,004 kes.



Daripada jumlah kes baru, Selangor melaporkan penyumbang tertinggi kes iaitu 4,073 kes meningkat berbanding 3,711 kes pada Rabu.



Manakala empat negeri mencatatkan angka kes lebih 2,000 iaitu Sarawak (2,992); Kedah (2,455); Sabah (2,329) dan Johor 2,145 kes baru.



Ia diikuti Pulau Pinang dengan 1,600 kes; Kelantan (1,247); Perak (990); Terengganu (987); Kuala Lumpur (731); Pahang (599) dan Melaka 407 kes.



Sementara Perlis dan Putrajaya melaporkan kes baru dua angka iaitu masing-masing 90 kes dan 37 kes manakala Labuan, hanya lima kes baru dicatatkan pada Selasa. - Astro Awani



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >