KUALA LUMPUR: Sebanyak 6,509 kes jangkitan Covid-19 baru dilaporkan di Malaysia pada Isnin (24 Mei).
Menerusi akaun Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan Selangor merekodkan kes jangkitan tertinggi dengan 2,049 kes.
Ini diikuti Sarawak; 530 kes, Kelantan; 451 kes, serta Johor dan Kuala Lumpur masing-masing 468 kes.
Pada Ahad, kesnya terus meningkat dengan angka tertinggi sejauh ini iaitu 6,976 kes.
Perangkaan tertinggi kes harian yang dicatat sebelum ini ialah pada 20 Mei lalu, iaitu sebanyak 6,806 kes.