Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di M'sia: Kes baru merosot sedikit tetapi angka kematian tertinggi dilaporkan

Jul 21, 2021 | 07:06 PM



KUALA LUMPUR: Jumlah jangkitan Covid-19 baru di Malaysia menurun sedikit apabila merekodkan 11,985 kes positif sepanjang 24 jam lalu (Rabu, 21 Julai) berbanding 12,000 kes pada Selasa.



Menerusi pesanan Twitternya hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu, jumlah kes kumulatif Covid-19 di Malaysia kini ialah 951,884.



Dr Noor Hisham berkata, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi harian dengan 5,550 jangkitan.



Jangkitan baru di negeri-negeri lain pula ialah Kuala Lumpur dengan 1,174 kes, Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Sabah (657) dan Johor (644).



Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, dari keseluruhan 11,985 kes, 65 kes berada pada kategori 5 iaitu kritikal dan menggunakan alat bantuan pernafasan atau 0.5 peratus.



Sementara kategori 4 (perlu oksigen): 45 kes (0.4%), kategori 3 (radang paru-paru): 178 kes (1.5%), kategori 2 (gejala ringan): 5,847 kes (48.7%) dan kategori 1 (tiada gejala): 5,850 kes (48.9%).



Sementara itu, angka kematian baru akibat Covid-19 di Malaysia merekodkan 199 kes sekali gus angka tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif adalah 7,440 kes.



Kes sembuh pada Rabu pula adalah 7,902 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya ialah 806,857 kes.



Katanya, seramai 927 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.



Kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 137,587. - Astro Awani



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >