Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di M'sia: Lebih 800 kes sehari dikenal pasti bagi tiga hari berturut-turut

Oct 19, 2020 | 08:37 PM



PETALING JAYA - Malaysia melaporkan 865 kes jangkitan baru Covid-19 pada Isnin (19 Oktober). Jumlah ini sedikit lebih rendah daripada bilangan rekod 871 kes baru pada Ahad (18 Oktober).



Menurut akhbar The Star, ini adalah hari ketiga berturut-turut di mana kes jangkitan negara itu mencecah paras melebihi 800 kes sehari, dengan kerajaan Malaysia kini memikirkan sama ada ingin mengenakan perintah berkurung lebih tegas ke atas Selangor.



Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kesemuanya diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari sejak 14 Oktober lalu.



Pada Isnin (19 Oktober), jumlah keseluruhan kes secara kumulatif mencecah 21,363 kes sejak negara ini melaporkan kes Covid-19 pertamanya pada Januari.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan terdapat tiga kematian berpunca dari koronavirus pada Isnin, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 mencapai 190 kes. Kesemua kematian berlaku di Sabah. 



Kebanyakan kes baru ini datang dari Sabah yang teruk dilanda pandemik ini dengan 643 jangkitan baru dikenal pasti dari sejumlah 865 kes yang dicatat atau 74.3 peratus daripada keseluruhan kes. - The Star



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >