SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Covid-19 di M'sia: Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 disambung hingga 28 Jun

Covid-19 di M'sia: Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 disambung hingga 28 Jun

Jun 11, 2021 | 7:04 PM

Covid-19 di M'sia: Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 disambung hingga 28 Jun

Foto AFP/MOHD ASFAN
Foto AFP/MOHD ASFAN -

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa 15 Jun hingga 28 Jun ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membentang dan mencadangkan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Jumaat (11 Jun), supaya PKP 3.0 disambung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih melebihi 5,000 kes sehari dengan purata kes baru hingga Khamis ialah 6,871 kes.

Jumlah kes pada Jumaat ialah 6,849 kes.

"Senarai positif, negatif dan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap aktiviti perkilangan, perniagaan dan industri masih kekal seperti mana diumumkan sebelum ini,"katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. - Berita Harian Malaysia

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg