Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19: Hampir sepertiga tarikan pelancong antarabangsa ditutup

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



MADRID: Hampir sepertiga tempat tarikan pelancong sedunia kini telah ditutup kepada pelancong antarabangsa angkara pandemik Covid-19, kata badan pelancongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.



Pemerintah di seluruh dunia pada mulanya telah melonggarkan sekatan pergerakan tahun lalu, tetapi memperketatkan semula sekatan selepas varian baru koronavirus muncul dan kerana keadaan epidemiologi serius yang berterusan ini, kata Pertubuhan Pelancongan Sedunia PBB (UNWTO), yang berpangkalan di Madrid, Sepanyol, dalam laporannya.



Di awal Februari, 69 daripada 217 tempat pelancongan, atau sekitar 32 peratus ditutup kepada pelancong antarabangsa.



Ini termasuk 30 daripada Asia dan Pasifik, 15 di Eropah dan 11 di Afrika.



Ini berbanding bilangan puncak pada Mei 2020, apabila 75 peratus tempat pelancongan di dunia ditutup keseluruhannya, tetapi lebih tinggi daripada November lalu, apabila 27 peratus tempat sedemikian ditutup.



Badan PBB itu berkata ada trend sekatan pergerakan yang mengambil pendekatan berdasarkan risiko dan bukti seperti memerlukan pelancong antarabangsa menunjukkan hasil ujian Covid-19 yang negatif setibanya di sesebuah negara.



Sekitar sepertiga tumpuan pelancong di seluruh dunia kini memerlukan pengunjung menunjukkan hasil ujian negatif setibanya di negara tersebut. Bersama peruntukan kuarantin, ini menjadi syarat kemasukan utama.



"Sekatan pergerakan telah dilaksana secara meluas untuk mengekang penularan virus. Kini, kita perlu berusaha memulakan semula pelancongan dan perlu mengiktiraf bahawa sekatan yang ada adalah sebahagian huraian yang diperlukan," kata ketua UNWTO Zurab Polilikashvili, dalam satu kenyataan.



Kedatangan pelancong antarabangsa merosot sebilion atau 74 peratus pada 2020 menurut UNWTO, yang menyifatkan tahun itu sebagai yang paling buruk dalam sejarah pelancongan.



Keseluruhannya, pandemik menyebabkan kerugian AS$1.3 trilion ($1.75 trilion) dalam bentuk pendapatan yang hilang pada tahun lalu, lebih 11 kali ganda berbanding kerugian yang dialami semasa krisis kewangan sedunia pada 2009.



Sebagai contoh, awal tahun ini, agensi pelancongan Perancis berkata pendapatannya merosot 41 peratus atau 61 bilion euro ($97.6 bilion).



"2020 adalah satu kejutan," kata Setiausaha Negara (Pelancongan) Jean-Baptiste Lemoyne dalam satu wawancara televisyen.



Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula berkata ia menjangka kehilangan pendapatan dari pelancongan di Mesir, yang terkenal dengan piramid, akan melebihi 2 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >